Close Menu
I Really Like This Car
  • Automobile
  • Automotive
  • Design
  • Self Driving
  • Luxury
  • Supercar
  • EV
  • Motorcycle
  • Exclusives

Subscribe to Updates

Get the latest creative Articles from I Really Like this Car about Automotives & Supercars.

What's Hot

Cadillac’s cheaper, Australia-bound EV getting major power bump – report

June 24, 2025

How AI is driving the subsequent phase of digital transformation in dealerships

June 24, 2025

2025 Suzuki Alto receives minor facelift in Japan – design tweaks, improved AEB, best-in-class 28.2 km/l

June 24, 2025
Facebook X (Twitter) Instagram
I Really Like This Car
HOME Login
  • Automobile

    Cadillac’s cheaper, Australia-bound EV getting major power bump – report

    June 24, 2025

    2025 Suzuki Alto receives minor facelift in Japan – design tweaks, improved AEB, best-in-class 28.2 km/l

    June 24, 2025

    Massive Fire In Ohio Caused By Pickup Driver Who Hit A Tanker Truck Then Fled The Scene

    June 23, 2025

    2026 Volvo XC60 prices: Refreshed SUV gets tech upgrade

    June 23, 2025

    Indian Motorcycle Malaysia official brand launch

    June 22, 2025
  • Automotive

    How AI is driving the subsequent phase of digital transformation in dealerships

    June 24, 2025

    NFDA calls for EV charging backing after £950m plan is scrapped

    June 23, 2025

    How Toyota & Daimler Hino-Fuso Merger Could Affect Truck Lineups – Vehicle Research

    June 23, 2025

    7 Essential Accessories for Skilled Automotive Hauling : Automotive Addicts

    June 21, 2025

    Stop-drive order issued for Citroën C3, DS 3 models over airbag risk

    June 21, 2025
  • Design

    Designing body kits and accessories

    April 11, 2025

    Designing for a startup automotive company

    February 18, 2025

    Our recent drive luggage website driveluggage.com shall be up and running in April.

    January 15, 2025

    Enhance your drive experience with bespoke automotive luggage |

    December 18, 2024

    Designing for an iconic marque

    December 11, 2024
  • Self Driving
  • Luxury
  • Supercar
  • EV
  • Motorcycle
  • Exclusives
I Really Like This Car
Home»Automobile»BMW M3 CS Touring 2025 diperkenal – wagon prestasi lebih berkuasa, lebih ringan, 550 PS, 0-100 km/j 3.5s!
Automobile

BMW M3 CS Touring 2025 diperkenal – wagon prestasi lebih berkuasa, lebih ringan, 550 PS, 0-100 km/j 3.5s!

Mohd Farid AwaludinBy Mohd Farid AwaludinFebruary 1, 2025No Comments4 Mins Read
Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr WhatsApp VKontakte Email
BMW M3 CS Touring 2025 diperkenal – wagon prestasi lebih berkuasa, lebih ringan, 550 PS, 0-100 km/j 3.5s!
Share
Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Email

Dua tahun lalu BMW membuat kejutan dengan menghasilkan M3 pertama dalam badan wagon iaitu BMW M3 Touring G81. Dan sekarang versi lebih berkuasa wagon tersebut turut diperkenalkan – ini dia BMW M3 CS Touring 2025!

Enjin S58 3.0 liter enam silinder turbo berkembar masih digunakan dalam perut M3 CS Touring ini, tetapi ia kini menerima talaan 550 PS pada takat 6,250 rpm dan juga tork 650 Nm pada takat 2,750 hingga 5,950 rpm, berbanding 530 PS pada M3 Touring facelift diperkenalkan pada Mei tahun lalu.

Enjin tersebut turut dipadankan dengan sistem ekzos M baharu yang menampilkan flap yang dikawal oleh sistem elektronik, peredam bunyi belakang titanium dan juga sepasang tip ekzos berkembar dalam kemasan hitam matte.

BMW M3 CS Touring 2025 diperkenal – wagon prestasi lebih berkuasa, lebih ringan, 550 PS, 0-100 km/j 3.5s!

BMW masih tidak memberikan pilihan kotak gear manual untuk wagon ini, di mana kuasa hanya dialirkan menerusi transmisi lapan kelajuan automatik M Steptronic (dengan Drivelogic). Juga M3 wagon ini tidak ditawarkan dalam versi pacuan belakang sepenuhnya, dan ia secara mandatori diberikan sistem pacuan semua roda M xDrive.

Namun unit LSD Energetic M Differential diberikan standard pada gandar belakang, serta pemandu boleh membuat larasan agar semua tork hanya memacu roda belakang. Gandingan unit rangkaian kuasa membolehkan M3 CS Touring ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 300 km/j.

Dengan kuasa dan kelajuan lebih tinggi, casis M3 Touring CS ini juga menerima sentuhan unik. Pertama sekali cagak-cagak enjin pada model ini telah direka semula, diserasikan dengan spring suspensi yang lebih keras bagi menghasilkan hubungan yang sangat tegar antara unit rangkaian kuasa an struktur badan wagon ini.

BMW M3 CS Touring 2025 diperkenal – wagon prestasi lebih berkuasa, lebih ringan, 550 PS, 0-100 km/j 3.5s!

Sistem elektronik yang berkaitan dengan dinamik pemanduan juga menerima talaan semula dengan larasan “yang komited terhadap pemanduan litar”. Untuk itu sistem DSC, mod M Dynamic, penyerap hentak adaptif M, sistem stereng M Servotronic dan juga sistem brek berintegrasi semuanya telah diberikan talaan unik dan dioptimakan.

Secara standard wagon ini diberikan set brek M Compound bersama angkup dalam kemasan merah atau hitam. Namun sekiranya pemilik mahukan sistem lebih baik, BMW turut menawarkan opsyen termasuk sistem brek seramik M Carbon dengan angkup berwarna merah atau emas matte, bersama tayar sport atau ultra-litar (dengan set rim berdiameter 19-inci di hadapan dan 20-inci di belakang) dan juga pendakap topang M untuk bahagian hadapan

Wagon liar ini juga menerima kelengkapan aero yang diperbuat dari bahan gentian karbon diperkuat plastik (CFRP) yang bukan sahaja berfungsi untuk memberikan aerodinamik lebih baik, malah lebih ringan dan kuat. Kit tersebut terdiri dari splitter hadapan, pengambil udara hadapan dan juga diffuser belakang. Malah bonet depan dan juga penutup cermin sisi juga diperbuat dari bahan CFRP.

Pengurangan berat juga dibuat pada kabin wagon ini dimana ia diberikan tempat duduk hadapan bucket M Carbon, serta komponen-komponen CFRP termasuk pedal penukar gear, perapi-perapi dalaman dan konsol tengah. Menurut BMW, M3 CS Touring ini adalah 15 kg lebih ringan berbanding M3 Competition Touring M xDrive.

Selain itu, tempat duduk bucket karbon yang dinyatakan tadi turut dibalut dengan kulit Merino serta menampilkan lencana ‘CS’ yang bernyala. Ia juga diberikan roda stereng balutan Alcantara, lencana ‘CS’ berwarna merah pada konsol tengah, tali pinggang keledar M dan juga kemasan bendul pintu juga dengan logo CS.

Sistem infotainmen M3 CS Touring yang menggunakan BMW Operating System 8.5 ini bukan hanya sekadar memberikan hiburan, malah ia juga dipadatkan dengan pelbagai kawalan prestasi pemanduan termasuk sistem M Drive Skilled dengan M Drift Analyser dan M Laptimer.

Pemandu juga boleh membuat larasan pada M Traction Control dengan 10-tahap yang telah disediakan, bersama M Mode dan butang ‘M1/M2’ untuk membuat tetapan sendiri berdasarkan apa yang pemandu mahukan. Kesemua fungsi ini dimuatkan pada BMW Live Cockpit Skilled yang menampilkan skrin tengah 14.9-inci, paparan instrument dengan skrin 12.3-inci dan juga paparan head-up.

BMW M3 CS Touring 2025 ini dihasilkan secara terhad untuk pasaran Eropah, Australia, Jepun, Korea Selatan dan beberapa negara lain. Penghantarannya kepada pelanggan terawal yang menempah akan bermula pada Mac 2025.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.


This Article First Appeared At paultan.org

3.5s berkuasa BMW diperkenal kmj lebih prestasi ringan Touring Wagon
Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
Previous ArticleEddie Hawthorne to step down as Arnold Clark chief executive
Next Article Will Tesla’s Self-Driving Ambitions Face Uncertainty as Politics and AI Strategy Collide? : Automotive Addicts
Mohd Farid Awaludin

Related Posts

Cadillac’s cheaper, Australia-bound EV getting major power bump – report

June 24, 2025

2025 Suzuki Alto receives minor facelift in Japan – design tweaks, improved AEB, best-in-class 28.2 km/l

June 24, 2025

Massive Fire In Ohio Caused By Pickup Driver Who Hit A Tanker Truck Then Fled The Scene

June 23, 2025

2026 Volvo XC60 prices: Refreshed SUV gets tech upgrade

June 23, 2025
Leave A Reply Cancel Reply

Demo
Interesting Picks

Chrysler recalls about 24,000 Pacifica PHEVs, says stop charging and park outside

July 19, 2024

Free NACS adapters soon enabling Supercharger access for Hyundai EVs

December 24, 2024

Small Packages, Big Things: Tokyo Auto Salon 2025’s Top Kei Automobile Creations

January 19, 2025

Lookers’ BMW Crewe dealership opens after £5.8m transformation

November 23, 2023
  • Facebook
  • Twitter
  • Pinterest
  • Instagram
  • YouTube
  • Vimeo
Don't Miss
Automobile

Cadillac’s cheaper, Australia-bound EV getting major power bump – report

By William StopfordJune 24, 20250

Deliveries of the Cadillac Optiq only began within the US earlier this 12 months and…

How AI is driving the subsequent phase of digital transformation in dealerships

June 24, 2025

2025 Suzuki Alto receives minor facelift in Japan – design tweaks, improved AEB, best-in-class 28.2 km/l

June 24, 2025

Massive Fire In Ohio Caused By Pickup Driver Who Hit A Tanker Truck Then Fled The Scene

June 23, 2025
About Us
About Us

At ireallylikethiscar.com, we are passionate about all things automotive. Whether you're a fan of supercars, electric vehicles, or simply have a deep appreciation for the beauty and engineering of automobiles, you've come to the right place.

Interesting Articles

Automobile insurance in Malaysia to cost more from March 1 with 8% service tax – existing insurance affected too!

February 1, 2024

Hyundai Reveals Vision for Hydrogen Energy at CES 2024 : Automotive Addicts

January 8, 2024

Fuel-cell LandCruiser in 2035? Toyota backs hydrogen future in Australia

March 19, 2024
New Comments
    • About Us
    • Contact Us
    • Privacy Policy
    • Terms & Conditions
    • Disclaimer
    © 2025 I really Like This Car. All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.

    We are using cookies to give you the best experience on our website.

    You can find out more about which cookies we are using or switch them off in .

    Sign In or Register

    Welcome Back!

    Login to your account below.

    Lost password?
    I Really Like This Car
    Powered by  GDPR Cookie Compliance
    Privacy Overview

    This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.

    Strictly Necessary Cookies

    Strictly Necessary Cookie should be enabled at all times so that we can save your preferences for cookie settings.

    If you disable this cookie, we will not be able to save your preferences. This means that every time you visit this website you will need to enable or disable cookies again.