Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenderaan elektrik (EV) bakal digunakan sebagai kereta rasmi para pemimpin ASEAN ketika menghadiri acara-acara kenegaraan apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, laporan Bernama.
“Agak menarik apabila Kabinet memutuskan sedemikian baru-baru ini, (selama ini) ke mana sahaja kita pergi, ketua-ketua negara akan diberikan sebuah kereta Mercedes yang besar.
“… kita berpandangan bahawa jika kita serius tentang kelestarian dan peralihan tenaga, kita perlu tonjolkan bahawa di Malaysia, kenderaan yang diberikan kepada ketua-ketua negara, para menteri dan pegawai berkenaan hanyalah EV,” katanya.
Jelasnya, keputusan menggunakan EV sebagai kereta rasmi para pemimpin ASEAN walaupun saiznya mungkin lebih kecil adalah disebabkan kerana ia lebih murah berbanding kenderaan lain.
“Kita akan maklumkan kepada semua kepala (pemimpin) negara… Sila gunakan ia dan saya harap anda akan berpuas hati,” katanya.
Buat setakat ini, belum didedahkan model EV yang bakal dipilih untuk membawa semua pemimpin negara ASEAN tersebut apabila majlis berkenaan kelak. Mungkin juga Proton eMas 7 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi juga akan berada dalam senarai pilihan? Kita tunggu perkembangan selanjutnya.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
This Article First Appeared At paultan.org