Semangat yang dibawa oleh Porsche tidak pernah akan lapuk. Bagi penggemarnya, tiada istilah Porsche lama, dan yang ada cuma pemilik baru. Jika anda antara orang yang sedang mensasarkan sebuah Porsche sendiri, sekarang adalah masa sesuai kerana Porsche Pre-Owned Cars Day akan berlangsung di Porsche Centre sekitar Malaysia bulan ini.
Melalui program Porsche Approved, anda boleh merasa lega apabila mengetahui akan mendapat kereta sports berkualiti tinggi dan mampu memberikan prestasi seperti sebuah kereta baru. Demi memberi ketenangan minda ini, setiap model Porsche Pre-Owned akan datang dengan dokumen sejarah penuh masing-masing.
Kenderaan Porsche Approved perlu melalui pemeriksaan 111 bahagian dan disiapkan secara profesional oleh juruteknik bertauliah, bersama penggunaan Porsche Real Parts sebelum dibenarkan bertemu dengan bakal pemiliknya. Tidak cukup dengan itu, kenderaan Porsche Approved juga diberikan dengan jaminan selama dua tahun.
Raikan Hari Raya di Porsche Pre-Owned Cars Day dan puaskan diri anda dengan pilihan pelbagai kereta sports Porsche, dari 911 yang sudah menjadi satu ikon hinggalah elektrik penuh seperti Taycan. Dengan gaya yang memukau serta prestasi padan sebagai kereta sports elektrik jenama itu, Taycan menjadi bukti kepada komitmen Porsche untuk sentiasa menjangkau batas pada apa yang boleh dilakukan secara teknologi pada sesebuah kereta. Anda perlu merasai pengalaman bersamanya sendiri.
Apabila membuat tempahan model Porsche Approved di acara ini, anda akan menerima jaminan tambahan Porsche Approved satu tahun lagi untuk memberikan pengalaman pemilikan yang lebih menenangkan, serta beg kembara Porsche Design*. Untuk masa yang terhad, nikmati penjimatan tambahan untuk model Porsche Taycan bersama keahlian Shell Recharge Platinum selama tiga tahun secara percuma.
Bagi menjadikan pengalaman pemiikan Porsche lebih lancar, anda boleh membuat temu janji untuk penilaian dan menjual kembali kenderaan sedia ada anda. Urusan jual beli yang berjaya akan dihadiahkan dengan baucar Porsche Lifestyle sebanyak RM1,000.
Porsche Centre Pulau Pinang dan Johor Bahru pula akan menganjurkan Porsche Pre-Owned Automobile Day pada 27 dan 28 April 2024, dari jam 9am hingga 5pm. Banyak tawaran disediakan dan ini adalah satu acara yang tidak patut anda lepaskan jika mahu menjadi ahli keluarga Porsche.
*Sah untuk model Porsche Approved berikut: Taycan, Macan, Cayenne dan Panamera.
This Article First Appeared At paultan.org