Subscribe to Updates
Get the latest creative Articles from I Really Like this Car about Automotives & Supercars.
Author: Mohd Farid Awaludin
Dua tahun lalu BMW membuat kejutan dengan menghasilkan M3 pertama dalam badan wagon iaitu BMW M3 Touring G81. Dan sekarang versi lebih berkuasa wagon tersebut turut diperkenalkan – ini dia BMW M3 CS Touring 2025! Enjin S58 3.0 liter enam silinder turbo berkembar masih digunakan dalam perut M3 CS Touring ini, tetapi ia kini menerima talaan 550 PS pada takat 6,250 rpm dan juga tork 650 Nm pada takat 2,750 hingga 5,950 rpm, berbanding 530 PS pada M3 Touring facelift diperkenalkan pada Mei tahun lalu. Enjin tersebut turut dipadankan dengan sistem ekzos M baharu yang menampilkan flap yang dikawal oleh…
Selepas terjalinnya kerjasama Proton dan Geely pada 2017, Proton yang diterajui oleh CEO Dr. Li Chunrong telah menetapkan sasaran 10-tahun, di mana pada 2027 jenama automotif nasional pertama itu disasarkan untuk memintas Perodua sebagai jenama paling laris dalam negara serta menjadi pengeluar automotif nombor tiga dalam rantau ASEAN. Sekarang sudahpun masuk tahun 2025, atau dua tahun sebelum sasaran itu dijangka dicapai. Namun berdasarkan rekod jualan, Proton masih lagi jauh di belakang Perodua – untuk 2024, Perodua sudahpun mencapai jualan tahunan sebanyak 358,102 unit, sementara Proton merekodkan jualan sebanyak 152,352 unit. Walau bagaimanapun Dr. Li masih lagi optimis dengan sasaran yang…
Seperti yang dijangka menerusi perjanjian Toyota dan Suzuki pada Oktober 2024, Toyota kini telah pun memperkenalkan SUV EV terbaharunya digelar sebagai Urban Cruiser EV, iaitu model yang diasaskan dari Suzuki eVitara yang baru sahaja diperkenalkan pada bulan lalu. Menurut laporan Autocar, Toyota Urban Cruiser EV ini akan diproduksi menerusi fasiliti pemasangan Maruti Suzuki di India, dan ia akan membuat kemunculan sulungnya pada Brussels Motor Show 2025 yang akan berlangsung bulan hadapan. Seperti kembar-kembar Toyota-Suzuki lain yang dipasang dibagi di India lain termasuk Toyota Urban Cruiser Taisor-Suzuki Fronx, Toyota Urban Cruiser HyRyder-Suzuki Grand Vitara, Toyota Urban Cruiser-Suzuki Vitara Brezza dan lain-lain,…
Selain dari sedan MG5 dan juga SUV segmen-C MG HS, hari ini SAIC Motor Malaysia turut mendedahkan kereta sports MG Cyberster untuk dipratonton buat pertama kali di sini. Cyberster merupakan roadster pertama MG selepas jenama British tersebut diambil alih oleh syarikat automotif China berkenaan. MG Cyberster ini membuat kemunculan sulung globalnya pada April 2023, dan ia dikatakan sebagai penerus model-model roadster klasik MG seperti MGA dan MGB. Ia diperkenalkan dalam dua versi iaitu versi pacuan roda belakang dengan hanya satu motor elektrik, dan juga versi pacuan semua roda yang lebih berkuasa dibekalkan dengan dua motor elektrik. Unit yang dibawa hari…
Pengilang komponen Kelengkapan Asli Pengeluar (OEM) automotif MCE Holdings Berhad (MCE) dan juga subsidarinya iaitu MCE Group hari ini mengumumkan bahawa ia telah memuktamadkan kontrak bernilai RM19.6 juta dari Perodua bagi membekalkan pelbagai komponen elektronik dan mekatronik untuk kenderaan elektrik penuh (EV) yang bakal dilancarkan oleh jenama automotif nasional itu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MCE menyatakan antara komponen EV yang bakal dibekalkan kepada Perodua termasuk unit paparan multimedia, kluster panel instrumen, sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS), pelbagai suis, lampu-lampu kabin dalaman dan pelbagai lagi. MCE turut menyatakan dengan jelas bahawa kontrak selama tiga tahun itu akan bermula pada suku kedua…
Satu-satunya perlumbaan rali yang dilangsungkan di Malaysia tahun ini iaitu Rally Sprint 2023 yang dianjurkan oleh Rally Sprint X-One telahpun berlangsung dengan jayanya hujung minggu lalu. Perlumbaan yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang tersebut bermula pada malam 9 Disember dan berakhir pada petang 10 Disember. Bilangan pelumba untuk Rally Sprint kali ini dilihat meningkat di mana ia bukan hanya menarik minat muka-muka biasa dalam disiplin rali di Malaysia, malah penyertaan yang mencecah 31 kereta untuk kali untuk turut melihat pelumba-pelumba litar dan Gymkhana turut mendaftar untuk perlumbaan rali 100% di atas permukaan tar tersebut. Kesemua kereta yang…