Subscribe to Updates
Get the latest creative Articles from I Really Like this Car about Automotives & Supercars.
Author: Izwaashura Sadali
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama MyDigital ID melancarkan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan dengan tawaran pengurangan saman trafik PDRM sebanyak 50%. Kempen ini berlangsung mulai hari ini, 31 Ogos sehingga 16 September 2025. Ia hanya sah untuk pembayaran melalui aplikasi MyBayar PDRM menggunakan log masuk MyDigital ID, sekaligus memastikan kemudahan ini khusus kepada rakyat Malaysia. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, “Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, kerajaan mengambil pendekatan untuk bukan sahaja meraikan pencapaian negara, tetapi juga memberi manfaat terus kepada rakyat.…
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah mengumumkan kerajaan telah memuktamadkan pemberian kadar tol secara percuma kepada kenderaan Kelas 1 (persendirian) sahaja bermula jam 12.01 tengahmalam pada 23 hingga jam 11.59 malam pada 24 Disember 2024 sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut Rabu ini. Di mana pemberian kadar tol percuma ini akan diberikan di semua plaza tol kecuali di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor. “Kerajaan Madani telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) sahaja selaras aspirasi “MADANI di hati, Rakyat Disantuni” sempena Perayaan Hari Krismas 2024. Implikasi…
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenderaan elektrik (EV) bakal digunakan sebagai kereta rasmi para pemimpin ASEAN ketika menghadiri acara-acara kenegaraan apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025, laporan Bernama. “Agak menarik apabila Kabinet memutuskan sedemikian baru-baru ini, (selama ini) ke mana sahaja kita pergi, ketua-ketua negara akan diberikan sebuah kereta Mercedes yang besar. “… kita berpandangan bahawa jika kita serius tentang kelestarian dan peralihan tenaga, kita perlu tonjolkan bahawa di Malaysia, kenderaan yang diberikan kepada ketua-ketua negara, para menteri dan pegawai berkenaan hanyalah EV,” katanya. Jelasnya, keputusan menggunakan EV sebagai kereta rasmi para pemimpin ASEAN walaupun saiznya…