Author: Durrani Sharom

Satu lagi model edisi terhad daripada Harley-Davidson, iaitu Hydra Glide Revival 2024 tiba di Malaysia, dengan dijual pada harga RM176,900 tidak termasuk insurans. Model ini cuma dikeluarkan sebanyak 1,750 unit dan Malaysia setakat ini menerima lima unit untuk jualan. Seperti yang boleh dilihat melalui penampilannya, model ini membawa kembali konsep rekaan seperti Hydra Glide tahun 50-an, termasuk penggunaan pemegang serta penghadang angin yang tinggi, fender hadapan dan belakang labuh serta susun atur beberapa lampu bulat di hadapan. Warna merah yang digunakan pada model ini dipanggil sebagai Redline Red, dan ia diserikan dengan kemasan krom serta jalur putih Birch White. Lencana…

Read More

Semangat yang dibawa oleh Porsche tidak pernah akan lapuk. Bagi penggemarnya, tiada istilah Porsche lama, dan yang ada cuma pemilik baru. Jika anda antara orang yang sedang mensasarkan sebuah Porsche sendiri, sekarang adalah masa sesuai kerana Porsche Pre-Owned Cars Day akan berlangsung di Porsche Centre sekitar Malaysia bulan ini. Melalui program Porsche Approved, anda boleh merasa lega apabila mengetahui akan mendapat kereta sports berkualiti tinggi dan mampu memberikan prestasi seperti sebuah kereta baru. Demi memberi ketenangan minda ini, setiap model Porsche Pre-Owned akan datang dengan dokumen sejarah penuh masing-masing. Kenderaan Porsche Approved perlu melalui pemeriksaan 111 bahagian dan disiapkan secara…

Read More

Hujan lebat dan berterusan bulan Disember ini menyaksikan beberapa jalan di Klang sekali lagi ditenggelami air dengan netizen memuat naik video dan gambar air memenuhi jalan. Antara yang kawasan yang menerima kesan adalah Meru, Bukit Raja, Setia Alam dan beberapa bahagian di Lebuh Raya Baru Lembah Kelang. Banjir kilat bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia dan Klang cuma satu daripada banyak lagi kawasan lain yang kerap dinaiki air dan warga setempat terpaksa menghadapinya dengan kerap terutamanya di musim hujan. Tahun lepas kerajaan mengumumkan bakal melaksanakan projek mitigasi banjir dengan kos RM15 bilion sehingga 2030, dan salah satu yang terlibat adalah…

Read More

Proton telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkaitan video tular Proton X70 baru yang mengeluarkan asap daripada bahagian enjinnya di Puspakom Alor Gajah. Merujuk kepada kejadian itu sebagai satu “insiden suhu”, Proton telah mengambil tindakan segera dan kenderaan tersebut kini berada dalam pegangan mereka. “Jurutera Proton telah memulakan proses penyiasatan sambil bekerja rapat dengan pihak yang terlibat. Maklumat terkini akan dikeluarkan apabila semua informasi telah dikumpul. Sementara itu, kami ingin memberi keyakinan kepada semua pelanggan bahawa kenderaan Proton dibangunkan untuk mematuhi standard yang paling tinggi dan setiap unit melalui proses pemeriksaan dan kualiti yang ketat sebelum dihantar,” tertulis dalam siaran akhbar…

Read More

Julai lalu Triumph telah memperkenalkan Tiger 900 Aragon Edition, yang dibuat sebagai sambutan kepada kemenangan Ivan Cervantes dalam perlumbaan Baja Aragon, dan disediakan dalam dua versi, iaitu GT dan Rally. Sekarang, salah satu daripadanya, iaitu versi GT sudah tiba di Malaysia dengan harga jualan RM81,000. Sebenarnya, tiada perubahan teknikal pada motosikal edisi istimewa ini, tetapi ia datang dengan grafik khas, di mana bagi Tiger 900 GT Aragon Edition, ia menggunakan gabungan warna Diablo Red, Matt Phantom Black dan Crystal White, berserta tempat duduk dua tona. Kemudiannya, besi pelindung enjin diberikan standard pada model Aragon Edition, manakala suspensi terdiri daripada fork…

Read More